Lamalah sudah tidak ke ladang, Kutanam padi tumbuhnya lalang; Lamalah sudah tidak kupandang, Kasih hati bukan kepalang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sudah lama tidak ke rimba, Pandan berbuah sudah kini; Sudah lama tidak berjumpa, Badan berubah sudah kini. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sudah nasib pisang jeranang, Berjantung ada berbuah tidak; Sudah nasib apa dikenang, Orang dikenang teringat tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sudah lama tidak ke rimba, Balam beranakkan anak merbah, Hinggap di daun bersela-sela; Sudah lama tidak berjumpa, Dendam tidak akan berubah, Dianggap baru bagai semula. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sudah lama tidak ke ladang, Lebih padi dari kangkung; Sudah lama tidak terpandang, Hati beramuk dengan jantung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang membeli kain batik, Sudah habis tidak bertokok; Dari bertunas sudah dipetik, Lama-lama tidak bertokok. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Beli suasa beli tembaga, Sudah dibeli tidak dipakai; Malam ini malam celaka, Sudah dijanji tidak ditunai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung putih terbang melayang, Rasa nak tangguk rasa tidak; Sudah boleh berkasih sayang, Rasa nak masuk rasanya tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sudah lama kami menebang, Tidak mendengar tumbang kayu; Sudah lama kami memandang, Tidak menengok abang lalu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Baik beralas baik tidak, Kain pelikat di atas peti; Baik balas baik tidak, Sudah ikhlas dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |