Taat umat memegang adat, Ke mana duduk tidak terbuang; Sifat jahat dibuang cepat, Supaya tidak dikutuk orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat umat memegang adat, Ke mana pergi tidak menyalah; Sifat jahat dibuang cepat, Supaya tidak merosak tuah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat umat memegang adat, Ke mana pergi tidak terlantar; Sifat jahat dibuang cepat, Supaya hati tidak terbakar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat umat memegang adat, Di mana hidup tidak tercela; Sifat jahat dibuang cepat, Supaya hidup tidak merana. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat anak ke ibu bapak, Patuh tidak berbelah bagi; Adat tegak tuahnya nampak, Senonoh akhlak sempurna budi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat umat memegang adat, Ke mana pergi dipuji orang; Sifat jahat dibuang cepat, Supaya tidak dibenci orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat umat memegang adat, Di mana duduk akhlak senonoh; Sifat jahat dibuang cepat, Supaya hidup tidak bermusuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat umat memegang adat, Ke mana pergi tidakkan malu; Sifat jahat dibuang cepat, Supaya hati tidak berbulu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |