| Adat Melayu adil menimbang, Tidak memilih memilah-milah; Sifat Melayu tahu menenggang, Sama kasih senang dan susah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Saya tidak membakar arang, Abang mengepit si bunga dedap; Saya tidak kata sebarang, Kerana abang tak tahu adab. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Tuan boleh hilir ke kuala, Naik rakit tidak berperahu; Tuan kata bergurau senda, Hati sakit tuan tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Pokok senduduk di luar pagar, Sungguh berbunga tidak berbau; Satu sungguh kedua benar, Masuk ketiga saya tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |