Mengapa pagar tidak dipepat, Kerana gergaji tidak dipakai; Mengapa seluar tidak terikat, Kerana bininya minta cerai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Oranglah Acheh keratlah kuku, Kerat-kerat luka jarinya; Oranglah berkasih tidak begitu, Taruh terikat di dalam hatinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kain pelikat di dalam peti, Satu Jumaat sekali buka; Sudah terikat dalam hati, Satu rakaat tidak lupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |