Terpelihara aurat tidaklah malu, Terpelihara lidah takkan bercabang; Terpelihara adat takkan berseteru, Terpelihara tingkah takkan terbuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Talinya sumbang tidaklah kena, Pukul gendang sambil berdiri; Abang ikut barang ke mana, Adik nak bawa rumah sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dari mana tidaklah ke mana, Dari rumput berdaun padi; Bulan mana tahun pun mana, Dendamlah luput di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tidaklah dapat kuikat-ikat, Diikat dengan tali benang; Tidaklah dapat kulihat-lihat, Airlah mata jatuh berlinang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tidaklah dapat kuikat-ikat, Kuikat dengan tali benang; Tidaklah dapat kulihat-lihat, Mata melihat hati mengenang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Mencabut tebu tidaklah mudah, Banyak sekali duri lalangnya; Menuntut ilmu tidaklah mudah, Banyak sekali jadi penghalangnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau tidak tertanam padi, Tidaklah saya bertanam bunga; Kalau tidak kerana budi, Tidaklah badan jadi merana. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Banyak-banyak gula kuragi, Tidaklah sama bunga paku; Banyak-banyak tempat kupergi, Tidaklah sama si Jongok Batu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Hendakkan padi katakan padi, Tidaklah saya tertampi-tampi; Hendak sudi katakan sudi, Tidaklah saya ternanti-nanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Banyaklah orang mengirik padi; Tidaklah berjagung padi disukat; Banyaklah orang nan baik budi, Tidak seagung Nabi Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |