Sakit kaki tikam selumbar, Selumbar ada di kaki Wan; Sakit hati rasa nak khabar, Kalau khabar malulah kawan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Orang menyabung di balik teluk, Kena tikam habis berlubang; Ayam terkepung di pagar buruk, Terkam musang lalu terbang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Alor Sena Alor Lancang, Terpijak kaca tikam kaki; Apa guna sanggul lintang, Sanggul cacakan elok lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pintu kota gantunglah jam, Kayu bernama si kayu jati; Kalau senjata kurang tajam, Sekali tikam haram tak mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Orang memburu seberang sana, Dapat seekor landak betina; Senjata buruk besi dah lama, Mana tikam susah nak kena. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Anak raja berkirim surat, Dari timur sampai ke barat; Senjata lama dah dimakan karat, Mana tikam susah nak lekat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |