Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tikar (kata nama)
Bersinonim dengan serampin, kelasa, sejadah, hamparan, permaidani, ciu.,

Puisi
 

Tikar pandak sambar gelama,
     Mari bentang haluan perahu;
Saya hendak sudahlah lama,
     Saja tuan buat tak tahu.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Sudah bergulung lapik (= tikar) saja.

Bermaksud :

Sangat miskin, tiada pakaian untuk dipakai.

 

Lihat selanjutnya...(4)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Tikar pucuk tikar mengkuang, Tempat nikah raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tikar pandan tepi berenda, Dibawa budak berjalan malam; Biar badanku mati merana, Cintaku ini tidakkan padam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tikar pandan dijual murah, Putih melepak bagaikan upih; Biar badanku menjadi tanah, Kasihku tidak akan beralih.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tikar pandan dijual orang, Putih melepak harga pun murah; Biar badanku tinggal tulang, Kasihku tidak akan berubah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tikar pandan bertepi lurus, Jangan diungkai dirosak lagi; Biarlah badan menjadi kurus, Asalkan sampai kehendak hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tikar pandak sambar gelama, Mari bentang haluan perahu; Saya hendak sudahlah lama, Saja tuan buat tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anyam tikar daun pandan, Anyam bersilang rata-rata; Ayam tidur dalam reban, Musang berjaga bersengkang mata.Pantun Melayu SarawakNasihat
Belilah tikar berserta bantal, Untuk dibentang di dalam pondok; Hati berdebar bercampur kesal, Menengok abang diam merajuk.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Besarlah tikar tempat bersila, Di situ budak memakan sirih; Biarpun lapar melarat pula, Kasihku tidak akan beralih.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sejak tikar menjadi kain, Dibawa melenggang terasa sakit; Sejak ular menjadi pemimpin, Banyaklah orang yang kena belit.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
123456

Kembali ke atas