Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.kus] | تيکوس

Definisi : sj binatang mengerip; jenis-jenisnya: ~ air = ~ lembah, Rattus muelleri; ~ bandar = ~ mondok, Rattus norvegicus; ~ rumah, Rattus rattus; ~ sawah, Rattus argentiventer, dll; ~ belanda sj binatang mengerip yg rupanya seakan-akan arnab tetapi lebih kecil, marmut, Cavia porcellus; dimakan ~ bp diambil (dicuri) orang sedikit demi sedikit; awak ~ hendak menampar kepala kucing prb tidak berdaya mencapai sesuatu yg dicita-citakan atau diharap-harapkan; bagai ~ mem-baiki labu prb orang yg mencuba mem­baiki sesuatu yg tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya; (labu) ditebuk (dikerebuk) ~ prb gadis yg sudah dinodai; marahkan ~, lengkiang dibakar prb kerana sakit hati akan sesuatu yg kecil maka melakukan sesuatu yg mendatangkan kerugian besar; rumah ter­bakar, ~ habis keluar prb apabila negeri ditim­pa sesuatu malapetaka, penduduknya drpd orang dagang pun keluarlah meninggal­kannya; spt ~ jatuh ke beras prb orang yg mendapat kedudukan yg mewah; spt ~ masuk roman prb orang yg berasa kecewa kerana tidak mendapat spt yg diharapkannya; menikus mendiamkan diri (tidak berkata-kata atau membantah kerana takut dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.kus] | تيکوس

Definisi : akar ~ sj tumbuhan (pokok meman­jat), akar hitam, akar kekala, Ventilago malaccensis; rotan ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), rotan bini (diri), Flagellaria indica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.kus] | تيکوس

Definisi : burung ~ sj burung, Locustella lanceolata; lang ~ sj burung helang, lang (helang) sewah, Elanus c. caeruleus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.kus] | تيکوس

Definisi : berbagai-bagai jenis binatang yg mengunggis. ~ ambang bulan Echinosorex gymnurus. ~ babi Hylomys suillus. ~ belanda binatang mengunggis yg rupanya seakan-akan rupa arnab tetapi lebih kecil, Cavia cobaya. ~ hutan Rattus rattus jalorensis. ~ kecil Rattus exulans. ~ kesturi Sorex spp.. ~ mondok Rattus norvegicus. ~ rumah Rattus rattus diardii. ~ tanah (sawah) Rattus rattus argentiventer. menikus ki mendiamkan diri dan tidak berkata-kata atau tidak membantah kerana takut dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tikus

Puisi
 

Tikus mondok berbaju kemeja,
     Naik ke balai memetik kecapi;
Adik tunduk malukan siapa,
     Malu ke abang belum biasa lagi.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Marahkan tikus rengkiang dibakar.

Bermaksud :

Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan. (Peribahasa lain yang sama makna: Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah).

 

Lihat selanjutnya...(22)

171

Easier said than done

Cakap memang mudah tetapi hendak membuatnya payah.

Apa payahnya menaupkan bibir atas bawah

"I suggest that a bell be hung around the cat's neck," said a young mouse to tremendous applause. "But which one of us is going to do that?" interjected an old mouse. Each and every mouse in the barn fell silent suddenly."Well, easier said than done," the old mouse retorted.

''Cadangan saya, kalungkan loceng di leher si kuching itu,'' kata seekor tikus muda sambil disambut tepukan yang gemuruh. ''Tapi siapa antara kalian yang akan melakukannya?'' sampuk seekor tikus tua. Setiap ekor tikus yang ada dalam bangsal itu terdiam tiba-tiba. ''Yalah, apa payahnya menaupkan bibir atas bawah,'' tempelak si tikus tua itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Tikus mondok tikus tempang, Makan dia atas para; Gadai golok gadai parang, Nak melepas rial belanja.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tikus mondok berbaju kemeja, Naik ke balai memetik kecapi; Adik tunduk malukan siapa, Malu ke abang belum biasa lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Daripada tikus elok pelanduk, Pelanduk dapat berjalan malam; Daripada kurus eloklah gemuk, Gemuknya dapat dibuat tilam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak tikus pergi terkencing, Matanya lekat memandang labu; Awak kurus bini meranting, Bila berdekat tulang beradu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak tikus meratap dinding, Dikejar musang terberak-berak; Awak kurus cakap melenting, Ditampar orang tulang berselerak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak tikus bermain asap, Mata berkunang perut pun sakit; Awak kurus kain tersingkap, Nampaklah tulang dibalut kulit.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak tikus jalan beriring, Makan jengkol mata pun kantuk; Awak kurus badan meranting, Makan sebakul manakan gemuk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak tikus mati tercampak, Memanjat pohon ditepi sungai; Awak kurus berbini banyak, Lambat-laun mati meragai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak tikus lari merajuk, Kaki tersepit di rumpun pulai; Awak kurus berbini gemuk, Sekali himpit jatuh terkulai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anaklah tikus mati berenang, Mati berenang dalam perahu; Kasihlah putus hati mengenang, Di dalam hati siapakan tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas