Sungguh beruntung menjahit tilam, Siap tilam tidurkan nyenyak; Sungguh beruntung berkulit hitam, Merayap malam tidakkan nampak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu menteri berdagang tilam, Para datuknya membuat bantal; Pilulah hati memandang imam, Kerana nyanyuk ayat tertinggal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kain baldu dibuat tilam, Dara berdandan pengantin baru; Rosak madu kerana jadam, Rosak iman kerana nafsu. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Sikat rambut berkilat-kilat, Tikar bantal dengan tilam; Minum sedikit menjadi ubat, Tuan laksana air nilam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Orang nyanyi di balik tabir, Raja beradu di atas tilam; Abang sudah habis fikir, Hendaklah mati bertindih tulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kucing putih kucing Kak Dayang, Makan ketupat di atas tilam; Tubuh putih lehernya jenjang, Itulah tempat jiwa duk hilang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hujan panas di bulan puasa, Bunga kenanga kembang di taman; Tilam emas bantal suasa, Manakan sama berbantal lengan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung putih terbang malam, Hinggap balai raja; Kain putih atas tilam, Buat pengesat air mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Yang unta berkaki panjang, Hari malam tegak di pantai; Orang tua berhati lapang, Bini di tilam awak di lantai | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Selama mendapat kedidi lubuk, Tidak berguna balam di rumah; Selama mendapat bini gemuk, Tidak berguna tilam di rumah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |