Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menimang, menimang-nimang 1. memegang anak dgn kedua-dua belah tangan sambil melambung-lambungkannya sedikit: ibu itu ~ anaknya; 2. meletakkan sesuatu pd tapak tangan serta menggerak-gerakkan tangan ke atas ke bawah: ia me-nim­ang-nimang gelang emas itu utk mengagak beratnya; 3. menimbang-nimbang (memper­timbangkan), memikirkan baik-baik: ~ buruk baik sesuatu rancangan; belum beranak sudah ditimang, belum duduk sudah ber­lunjur prb sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksud; menimangkan sl mengangkat, mempertim­-bangkan: maka anakanda baginda Raja Muzaffirlah ditimangkan baginda akan kerajaan; timangan, timang-timangan 1. = anak ~ anak yg sangat dikasihi atau dimanjakan; 2. = nama ~ nama lain drpd nama yg diberikan ketika lahir, gelaran: namanya Saliah, juga dipanggil comel sbg nama timang-timangan sejak kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
timang
Kata Terbitan : timangan, timang-timangan,

Puisi
 

Kalau tahu lemaknya lada,
     Ambil minyak linang-linangkan;
Kalau nak tahu lemaknya janda,
     Ambil anak timang-timangkan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Anak sendiri disayang,
     anak tiri dibengkeng.

Bermaksud :

Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Cuba-cuba ditimang-timang, Batu delima dari seberang; Kalau tak banyak bunga yang kembang, Kumbang yang mana mahu terbang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Yang berbudi dikenang-kenang, Hutang budi dibawa ke kubur; Sayang ke laki ditimang-timang, Sayang ke bini dibawa tidur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Untuk apa membeli batik, Untuk jadi kenang-kenangan; Untuk apa berbini cantik, Untuk jadi timang-timangan.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Naik turun jalan ke lembah, Bila petang nampaknya suram; Adik sepantun indah bertuah, Hamba timang siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Itik angsa turun ke kali, Berenang-renang sambil menyelam; Adik sepantun bunga sekaki, Kutimang-timang siang dan malam. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau tahu lemaknya lada, Ambil minyak linang-linangkan; Kalau nak tahu lemaknya janda, Ambil anak timang-timangkan.Kurik Kundi Merah SagaJenaka

Kembali ke atas