| Timba-timba dicebok jangan, Takut dapat puyu saja; Gila-gila mabuk jangan, Takut dapat malu sahaja. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Pergi ke perigi mengambil timba, Timba terletak tepi halaman; Walaupun banyak kembang di rimba, Mawar di jambangan jadi idaman. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Berangan diisi dalam timba, Pauh rambutan tepi perigi, Jangan mimpi gagak di rimba, Jatuh rambut tidak bergigi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Berangan diisi dalam timba, Pauh tumbang di Pangkalan Sapi; Jangan mimpi gagak di rimba, Jauh panggang dari api. null null null null | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
| Bila menarik tali timba Sesudah penuh baru ditarik; Apabila adik menanti hamba, Bersimbah peluh abang kan balik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Yang perahu beruang timba, Yang sauh tali berpaut; Yang berbau buang ke rimba, Yang keruh buang ke laut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Untuk apa mengikat timba, Kalau tempayan sudah berisi; Untuk apa mengingat hamba, Kalau tuan sudah berisi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Satu satu membawa timba, Supaya air jangan terbuang; Malu malu hamba menyapa, Kerana khuatir tunangan orang. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Cukup panjang tali timba, Susah diukur susah didepa; Ulat bergulung di hutan rimba, Rezeki nak putus dari saya. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Buah kuini di dalam timba, Hendak dibawa ke rumah Cik Kasa; Jalan mati lagi dicuba, Inikan pula jalan biasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |