Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tinggalkan

Puisi
 

Kalau tuan menutuh keranji,
     Tinggalkan saya sebelah dahan;
Kalau tuan mungkir janji,
     Tinggalkan saya kain basahan.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bagai sayang kaki pada terompah.

Bermaksud :

Kasih sayang yang boleh ditinggal-tinggalkan, sesuatu yang digunakan pada waktu perlu saja.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau tuan menutuh keranji, Tinggalkan saya sebelah dahan; Kalau tuan mungkir janji, Tinggalkan saya kain basahan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau adik menutuh kepung, Tinggalkan abang sebelah dahan; Kalau adik balik ke kampung, Tinggalkan abang kain basahan.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Zaman dahulu zaman bahari, Jauh sudah kita tinggalkan; Janganlah malu pada suami, Baju di dada kita tanggalkan.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Layarkan biduk laju-laju, Berlabuh tentang ulak karang; Tinggalkan anak tentu-tentu, Jangan pengejut ayam orang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kayu mati patah tergalang, Anak helang tersangkut betisnya; Harimau mati tinggalkan belang, Dari belang datang bengisnya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kalau buluh tinggi di tanah, Yang diambil dicelis-celis; Kalau bodoh tinggalkan di rumah, Yang cerdik masuk ke majlis.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tinggi permatang Baturujal, Dua permatang Jambak Puyuh; Abang pergi adik nan tinggal, Tinggalkan kain kan ganti tubuh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Dikirim dengan penerbangan Merpati, Kirim salam kirim jampi; Ke mana pergi putera sejati, Tinggalkan adik termimpi-mimpi.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Kalau abang pergi ke pasar, Belikan saya ketam lumut; Kalau abang pergi belayar, Tinggalkan saya kain selimut.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Gajah putih jejak berulang, Baru berbalik ke pangkalan; Entahnya gagak terbang, Barulah adik abang tinggalkan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12

Kembali ke atas