Sakit saya kena cepu, Tidak sakit kumbang menyengat; Sakit saya kerana tipu, Dalam tipu tidak ingat. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Banyak helah tipu dan daya, Berjudi tidak menjadi kaya; Minyak sawit di pasaran dunia, Jadi kebanggaan rakyat Malaysia. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Minyak tanah minyak urat, Abang mengurut tulang belakang; Banyak tipu banyak muslihat, Terang bulan disangka siang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Rusa batu disimpul pulih, Bunga sena dalam jerami; Bagaimana tipu hendak boleh, Cuba guna dalam nyanyi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Asam kandis buah di hutan, Limau purut batang berduri; Tipu daya kehendak tuan, Tidak menurut rosak hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau berjalan mendudu-dudu, Nescaya masuk dalam pelimbah; Kalau berkawan tipu-menipu, Di mana duduk lebamlah wajah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tetak tebu tiga batang, Patah sebatang digerit anai-anai; Abang tipu kata nak datang, Air mata menjadi sungai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tetak tebu tiga batang, Pisang hitam masak di kebun; Abang tipu kata nak datang, Bulan gelap hujan nak turun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tuan makan papaya, Taruh mari atas peti; Apa nak buat tipu daya, Sama kita satu hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Tetak buluh panjang sepuluh, Buah pala di pintu kota; Apa guna suruh-menyuruh, Tipu daya kita berdua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |