Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
titi (kata nama)
Bersinonim dengan titian, jambatan, gertak, limban, pelimban, sirat, keretek, jejantas, jejambat;,
Kata Terbitan : meniti,

Puisi
 

Ular di titi di kodak,
     Titi mari pandan berduri;
Bunga tinggi penjolok buntak,
     Kalau sudi jatuh sendiri.


Lihat selanjutnya...(31)

Pantun

PantunSumberTema
Titi-titi jati, Surung-surung papan; Hati jadi mati, Kerana ikut syaitan.Pantun Melayu SarawakBudaya
Boleh buat titi, Titi jalan mati; Sendiri tuan rugi, Syaitan puas hati,Pantun Melayu SarawakBudaya
Ambillah kayu buatlah titi, Titi ada dapat menyeberang; Ambillah guru taat berbudi, Budi mulia dihormati orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Orang Melaka membuat titi, Titi dibuat papan melintang; Alangkah gembiranya rasa di hati, Menengok abangku sudah pun datang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Titi jalan mati, Titi Bandar Miri; Syaitan puas hati, Musnah anak negeri.Pantun Melayu SarawakBudaya
Ular di titi di kodak, Titi mari pandan berduri; Bunga tinggi penjolok buntak, Kalau sudi jatuh sendiri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Buat titi rakit buluh, Buah padi tebing seberang; Bagaimana hati tidak luluh, Buah hati lama menghilang.Pantun Melayu SarawakKasih
Bagaimana titi takkan terendam , Hujan lebat sebelah hulu; Bagaimana kami takkan berdendam, Tuan mendapat pasangan baru.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana titi takkan dialih Tiang patah lantainya rosak; Bagaimana hati tidakkan pedih, Abang berharta suka- berlagak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Berteduh bawah titi, Belajar baca rumi; Ibu senang hati, Restu hidup kami.Pantun Melayu SarawakKiasan
1234

Kembali ke atas