Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.tian] | تيتين

Definisi : 1. titi; 2. ki sesuatu yg menjadi peng­hubung antara dua pihak dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.tian] | تيتين

Definisi : jambatan (drpd batang pokok, papan, dll), lorong kecil (sempit) yg dilapiki papan (batu dsb) tempat berpijak sewaktu berjalan: sepotong batang kelapa dijadikan ~ di atas parit itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.tian] | تيتين

Definisi : jambatan kecil yg di­buat drpd batang kayu, papan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata titian

Puisi
 

Tahu sudah titian licin,
     Adik jua jalan dahulu;
Tahu sudah kita miskin,
     Gilanya adinda mulai dahulu.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Titian air,
     polong asap.

Bermaksud :

Orang pengantara yang menolong mencarikan keuntungan dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Kayu cendana titian beruk, Orang menebang kayu beraksa; Hamba ini orang buruk, Tambah hina tidak berbangsa.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tahu sudah titian licin, Adik jua jalan dahulu; Tahu sudah kita miskin, Gilanya adinda mulai dahulu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ganda guli gulut-bergulut, Titian ini menjelang batu; Ke mana pergi akan turut, Datang ke mari kerana malu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Barat daya kencang semalam, Tongkat patah titian roboh; Apalah daya bujang semalam, Mengembang bunga di wajahnya subuh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batang nyiur panjang sedepa, Dikerat orang untuk titian; Orang ditegur membuang muka, Kiamatlah abang dalam penantian.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tarik akar si ragi akar, Akar menyangkut bawah titian; Carilah akal fikir-fikir, Jangan menyesal di kemudian.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Ada kacang tumbuh di akar, Akar menyangkut bawah titian; Carilah akal fikir-fikir, Jangan menyesal di kemudian.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Masak bubur terlalu cair, Makan dicampur dengan nira; Tanah lembah kandungan air, Kayu bengkok titian kera.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas