Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tiup.tiup] | تيوڤ٢

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg kayunya dibuat papan dll), Adinandra clumosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tiup.tiup] | تيوڤ٢

Definisi : sj alat bunyian yg dibunyikan dgn meniup, sj wisel; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tiup-tiup

Puisi
 

Tiup api bersama kunang,
     Hendak membakar ikan terubuk;
Suka hati orang bertunang,
     Bagai ikan pulang ke lubuk.


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

PantunSumberTema
Tiup-tiup angin di atas, Hendak memetik tali kecapi; Jongnya lilin layarnya kertas, Hendak menempuh lautan api.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tiup api bersama kunang, Hendak membakar ikan terubuk; Suka hati orang bertunang, Bagai ikan pulang ke lubuk.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Tiup api periuk belanga, Tempat memasak daging kerbau; Abang pergi janganlah lama, Adik tinggal tidaklah dihirau.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Tiup seruling di tanah lapang, Bunyi merdu berdayu-dayu; Hati runsing kepada abang, Kirimlah salam kepada mak bayu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tiup api embun berderai, Galah patah haluan perahu; Niat hati tak hendak bercerai, Kuasa Allah siapa tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tiup api embun berderai, Turun ke padang memburu rusa; Niat di hati tak mahu bercerai, Hidup mati berkubur dua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tiup api embun berderai, Patah galah haluan perahu; Niat di hati tak hendak bercerai, Kuasa Allah siapa tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tiup api di Gunung Ledang, Abu-abunya kutampi jua; Niat hati dari bujang, Balu-balunya kuambil jua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tiup angin selatan daya, Sapu tangan jatuh ke lumpur; Kasih orang apanya daya, Nak lupa tak lupa masanya tidur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ketuk gendang tiup serunai, Raja berarak dari seberang; Putih mata burung punai, Ara masak ditunggu helang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12

Kembali ke atas