Besarlah todak daripada buntal, Giginya ada muncung pun panjang; Besarlah lagak pemuda gatal, Dipuji dara hidung pun kembang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ikan todak tenggiri batang, Suluh menyuluh di dalam perahu; Tuan hendak sendiri datang, Suruh menyuruh saya tak mahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Ayam todak sendiri batang, Sorok menyorok depan perahu; Abang hendak sendiri datang, Suruh-menyuruh saya tak mahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Ikan todak ikan haruan, Pembungkus gelama daun keladi; Awan berarak hamba tangiskan, Kenangan lama menghiba hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Singapura dilanggar todak, Orang berkubu batang pisang; Orang tua melawan budak, Ibarat aur ditarik songsang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Singapura dilanggar todak, Mari kubu batang pisang; Orang tua mengambil budak, Macam bulan dengan bintang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Singapura dilanggar todak, Mari bertikam di batang pisang; Orang tua mengasih budak, Bagai bulan dipagar bintang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Orang berdedai berburu todak, Merata sungai hingga ke hulu; Abang bagaikan baju yang koyak, Siapa memakai tentulah malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang Jawa mengail todak, Dapat seekor dibawa pulang; Bumi tertawa langit tergelak, Tengok bulan di pagar bintang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Ikan tenggiri ikan todak, Tiga dengan ikan kerapu; Toleh kiri kanan pun tidak, Sampailah saya dagang piatu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |