| Ombak Tsunami melanggar Kedah, Ayam itik lari ke hutan; Ranap rumah ranap sekolah, Musnah segala sumber kehidupan. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
| Ombak Tsunami datang menyerbu, Tiada kawalan tiada sempadan; Angka kematian beratus ribu, Habis musnah punca kehidupan. | Pantun Melayu Sarawak | Rampai Tsunami |
| Kail tersangkut di pohon pedada, Batu belah batu durhaka; Ambil iktibar bencana melanda, Badai Tsunami bawa petaka. | Pantun Melayu Sarawak | Rampai Tsunami |
| Gempa bumi di Banda Aceh, Ombak Tsunami sampai ke India; Mohon ampun Maha Pengasih, Hamba-Mu daif tidak berdaya. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
| Bagaimana Bengkulu begitu Semarang, Orang Aceh dilanda Tsunami; Bagaimana dulu begitu sekarang, Kasih berkasih tetap bersemi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Kami hendak pergi mengail, Tutup rumah kain kasa; Tsunami ibarat kiamat kecil, Cukup sudah seksa dirasa. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
| Kasih kami kepada ibu, Kasih kami kepada ayah; Kesan Tsunami sudah berlalu, Kesan sejarah tidak berubah. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
| Belajar jawi belajar rumi, Sakit terguris terkena duri; Ombak Tsunami gemba bumi, Langit menangis tidak terperi. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
| Ada baju tidak dipakai, Ada sarung warna merah; Sekali Tsunami melanda pantai, Sekali pantai berubah wajah. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
| Kala senja mencari kerang, Adik menunggu tidak berbaju; Bila Tsunami datang menyerang; Mangsa kehilangan arah tuju. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |