Banyak buah perkara buah, Buah di rimba jangan dimakan; Banyak tuah perkara tuah, Tuah menimpa saya harapkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Tua bukan sebarang tua, Tua umur badanlah bongkok; Tuah bukan sebarang tuah, Tuah bersyukur imannya elok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tegak adat tegaklah tuah, Tuah menjadi payung negeri; Rosak adat tercampak maruah, Maruah tercampak lancunglah diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Buah putat buah lakum, Buah pisang masaknya manis; Tuah adat tuah sekaum, Tuah dipegang tidakkan habis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Buah putat buah delima, Buah saga berwarna merah; Tuah adat tuah bersama, Tuah menjaga nama dan maruah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Buah putat buah seminai, Buah padi bertangkai lebat; Tuah adat tuah beramai, Tuah menjadi perisai umat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Buah putat buah kemiri, Buah terung berwarna ungu; Tuah adat tuah senegeri, Tuah pelindung aib dan malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Buah putat buah kedondong, Buah mentimun masak dahulu; Tuah adat tuah sekampung, Tuah menurun ke anak cucu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat Melayu memantangkan fitnah, Suka memfitnah banyaklah musuh; Menjilat siku membuang tuah, Hilang tuah maruah pun runtuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tuah berpuasa di bulan Syawal, Pandak berlari termengah-mengah; Sawah padi sudah dijual, Hendak mendiri rumah mewah. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |