Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tubuh;

Puisi
 

Tubuh lengkung gelegak lengkung,
     Tanam lada di busut tinggi;
Riuh sekampung gelak sekampung,
     Sementara ada saya di sini.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Sejiwa dua tubuh.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, d. Selauk senasi, e. Seperti dua senyawa, f. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(21)


Pantun

PantunSumberTema
Bukan sengaja saya berkain, Saya berkain menutup tubuh; Bukan sengaja saya bermain, Saya bermain bersungguh-sungguh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam hitam ayam didik, Petang-petang masuk kampung; Tubuh hitam badannya kecil, Tinggal pengukur mayang nibung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukit Tetagun Pulau Jerjak, Singgah semalam Padang Mat Sirat; Tubuh tembun badan pun segak, Mahu orang tak terpikat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bintang tujuh tinggal enam, Jatuh sebiji telaga Daik; Berasa tubuh bagai nak demam, Sesudah berjumpa baru baik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak nyamuk di Tanjung Arus, Rindu dendam di dalam puan; Tubuh gemuk menjadi kurus, Kerana rindu denganmu tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa guna panggang belibis, Panggang punai atas atap; Apa guna tubuh panjang nipis, Rendahmu ni sedap didakap.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung merpati terbang ke Perlis, Singgah hinggap ranting buluh; Sungguh jinak tangkap tak boleh, Seperti lalat hinggap ke tubuh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas