Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tuhan

Puisi
 

Ya Allah Tuhan Yang Esa,
     Dikenak patuk ular yang bisa;
Jika diturut hatiku suka,
     Jika tak luka badan binasa.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Habis akal baru tawakal.

Bermaksud :

Berserah diri kepada Tuhan sesudah habis semua ikhtiar. tawakal = berserah diri kepada Tuhan.

 

Lihat selanjutnya...(14)

354

Man proposes, God disposes

Manusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa

“If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager.

''Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. “Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa, tuan'', jawab pengurus.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Pantun

PantunSumberTema
Banyak bulan antara bulan, Tidak sama bulan puasa; Banyak Tuhan antara Tuhan, Tidak sama Tuhan Yang Esa.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Ya Allah Tuhan Yang Esa, Dikenak patuk ular yang bisa; Jika diturut hatiku suka, Jika tak luka badan binasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ya Allah ya Tuhan kami, Nabi Muhammad penghulu kami; Kitab Quran iman kami, Kaabatullahlah kiblat kami.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bulan puasa orang bertaubat, Meminta ampun kepada Tuhan; Patah cinta hatiku lumat, Eloklah pergi membawa badan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Amerika dilanda taufan, Bala tanpa sempadan; Lupa kuasa Tuhan, Hidup tiada haluan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Katak betung berbunyi malam, Tala-menala bunyi dahulu; Tuhan belum menjadikan alam, Kita sudah berjanji dahulu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Supaya tangan tidak terluka, Jangan dipegang hulunya kapak; Supaya Tuhan tidak murka, Jangan disakiti ibu dan bapak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Asam pauh masak laksa, Buat pengat hiasan berbunga; Sesungguhnya Tuhan maha kuasa, Kupohon rahmat pertolongan-Nya.Pantun Melayu SarawakAgama
Anak ayam turun satu, Satu mati sambar helang; Minta ampun Tuhan yang satu, Minta mati dalam Islam.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Mastika di Tanjung Tuan, Pakai anak bidadari; Gunung tinggi kuasa Tuhan, Duri di hutan tajam sendiri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12345

Kembali ke atas