Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tujuh

Puisi
 

Anak ayam turun tujuh,
     Satu mati tinggal enam;
Minta jauh neraka tujuh,
     Minta doa tetapkan iman.


Lihat selanjutnya...(63)
Peribahasa

Sudah tujuh duduk berjanda,
     sembilan beranak tiri,
tercecah uban di gigi.

Bermaksud :

Orang yang sudah terlalu tua, tetapi mahu beristeri atau bersuami juga.

 

Lihat selanjutnya...(15)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Tujuh takuk tujuh terbelah, Tekuk bagai tandan mumbang; Sungguh elok kepala sulah, Bentuk bagai bulan mengambang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tujuh pondok tujuh teratak, Buah nanas dimakan lalat; Sungguh elok kepala botak, Kena panas berkilat-kilat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tujuh langkah terbangnya nyamuk, Dihalau hujan pindah melayang; Sungguh gagah orang nan gemuk, Kalau berjalan rumah bergoyang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tujuh hari dalam seminggu, Budak duduk membelah rotan; Tubuhku lesih memendam rindu, Awak bertepuk sebelah tangan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dua puluh tujuh bilangan bulan, Tujuh likur bulan puasa; Sudah patut dibalas Tuhan, Kerana kita orang derhaka.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Bintang tujuh tinggal enam, Satu tercampak ke Majapahit; Batang tubuh demam tak demam, Air liur ditelan pahit.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pukul tujuh pukul lapan, Pukul tabuh keliling kota; Bertiup angin selatan, Angkat sauh belayar kita.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Bintang tujuh tinggal enam, Gugur sebiji di Gunung Daik; Hilang sebut tinggal senam, Baru tahu emas tak baik.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pinang tujuh tinggal enam, Jatuh sebiji di Gunung Daik; Peluk tubuh rasa nak demam, Baru kutahu badan tak baik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kancingnya tujuh, Mengecipuk air di dulang; Kalau Si Awang berhati sungguh, Ambil sebiji dibawa pulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678

Kembali ke atas