Bersenam pagi mengukuh tulang, Kegiatan khusus ahli sukan; Tanam padi tumbuh lalang, Gila menyusu kera di hutan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Bagaimana kita hendak melangkah, Tulang sendi terasa goyang; Bagaimana hamba hendak menikah, Abanglah menjadi laki orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ikan kukus tulangnya lembut, Tulang lembut jarang-jarang; Kami belayar jangan disebut, Takut dilanggar batu karang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Apabila meratah salai, Ingat terkena tulang; Apabila di tengah balai, Ingatlah petuah orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sungguh gagah bergigi utuh, Mengunyah tulang tidak bererti; Sungguh tabah hati si lumpuh, Dilapah orang tidakkan lari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Orang beradat rajin bekerja, Membanting tulang mencari rezeki; Membuang adat bersalin lembaga, Puting beliung menimpa negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Minyak tanah minyak urat, Abang mengurut tulang belakang; Banyak tipu banyak muslihat, Terang bulan disangka siang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Anak rusa jalan merapah, Hari senja tulang pun letih; Awak hina bangsa pun rendah, Pada siapa menumpang kasih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Naik bukit menggali halia, Baik tergali tulang belut; Kalau jadi kita berdua, Kita bergurau semalam suntuk. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa lebih kepada belida, Sisik ada tulang pun ada; Tak dak lebih darimu dinda, Bahasa ada rupa pun ada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |