Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : terbalik (kepala ke bawah dan kaki ke atas), terjungkir, tertelungkup, ter­tonggeng; ~-langgang = ~-tenggang a) ber­lari pontang-panting (lintang-pukang); b) = ~ balik jungkir balik, berguling-guling; ~-tunggit = ~-tonggek a) tidak rata (permukaan jalan dll), lekuk-lekak, berjendul-jendul; b) bergerak turun naik (orang berjalan); c) terumbang-ambing (perahu dimainkan gelombang dll); d) menundukkan kepala dan kemudian menegakkannya semula (spt orang sembahyang), tunduk dan tegak semula; ~ buyung pergerakan dlm gimnastik apabila belakang tengkuk berada di lantai, gulingan depan; kuat ~ kuat minum (minuman keras); bersetunggang berputar balik (kepala ke bawah kaki ke atas), berjungkir: tidur ~ kaki ke atas; ~ balik berputar-putar (kepala ke bawah kaki ke atas), berjungkir balik; menunggangkan 1. membalikkan (cawan, botol, dll) supaya tumpah isinya, menung­gitkan supaya tumpah, menuangkan, menum­pahkan: ia ~ air yg di dlm baldi itu ke dlm tempayan; 2. = mempertunggang, mempertunggangkan menjadikan berse­tung­gang, membalikkan (kepala ke bawah kaki ke atas), menjungkirkan: di situ diusahakannya mempertunggang supaya air keluar dr hidung dan mulutnya; budak itu ditung-gangkan ke atas asap sabut kering itu; tertunggang 1. terbalik (yg di bawah ke atas dan yg di atas ke bawah), terjungkir; 2. tertumpah atau tercurah (sesuatu dr bekasnya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; kuda ~ kuda kenderaan; menunggang, menunggangi 1. menaiki dan duduk mengangkang di atas sesuatu (basikal, kuda, dll), mengenderai: kemudian dia ~ basikal lima batu menurun bukit; berderet-deret unta ditunggangi oleh orang-orang yg memakai pakaian yg luar biasa; 2. ki mempergunakan sesuatu (orang dll) utk mencapai maksud sendiri: janganlah mem­biar­kan diri kita ditunggangi oleh perasaan dendam-mendendam yg tidak berkeputus­an; tunggangan sesuatu yg ditunggangi: kuda ~; penunggangan perihal atau perbuatan me-nunggang (motosikal, kuda, basikal dsb): motosikal empat lejang dgn tempat duduk-nya yg rendah memang sesuai utk ~ yg selesa dan stabil; penunggang orang yg menunggang atau menunggangi sesuatu: askar ~ gajah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : lurus ke bawah, curam (bukit dll): lereng gunung yg ~; akar ~ = urat ~ Id akar yg tumbuh lurus ke bawah, akar tunjang; ~ hati tabah atau tetap hati (dlm mengerjakan sesuatu), tidak berasa gentar atau takut, cekal; ~ hilang berani mati tidak berasa takut akan apa-apa pun, berani; ~ hilang, tak hilang a) yg berani hilang (mati) tidak akan hilang (mati); b) siapa yg cekal dan tabah hati akan tercapai maksudnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : terbalik, spt kepala ke bawah dan kaki ke atas (bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah ke atas); terjungkir. ~-tunggit a. tidak rata (ttg permukaan jalan dll); lekuk-lekak. b. (dlm keadaan) bergerak turun naik spt orang berjalan. c. terumbang-ambing spt perahu dimainkan gelombang dll. d. tunduk dan tegak semula spt orang bersembahyang. menunggangkan 1 membalikkan (botol, mangkuk dll) supaya tumpah isinya; menonggengkan. 2 membalikkan supaya kepala ke bawah dan kaki ke atas atau bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah ke atas; menjungkirkan. tertunggang1 terbalik (yg di atas ke bawah dan yg di bawah ke atas); terjungkir. 2 tercurah isinya dr bekas atau dr tempatnya. bersetunggang berputar balik (ke­pala ke bawah dan kaki ke atas); berjungkir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; menunggang duduk menggunakan sesuatu sbg alat yg dikenderai dgn duduk bercelapak di atasnya: ~ kuda; ~ basikal. menung­gangi 1 menunggang beramai-ramai dan banyak yg ditunggang. 2 ki meng­gunakan seseorang atau sesuatu utk kepentingan sendiri; menganggap sese­orang atau sesuatu sbg benda yg dpt ditunggang. tunggangan sesuatu yg ditunggang atau yg ditunggangi: kuda ~. penunggang orang yg me­nunggang atau yg menunggangi: ~-~ basikal sudah bersedia utk memulakan perlumbaan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : hampir tegak; curam: Lereng gunung itu sangat ~. ~ hati tabah hati ketika mengerjakan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunggang
Kata Terbitan : menunggangkan, mempertunggangkan, tertunggang,

Puisi
 

Sayang Tunggang jauh ke hulu,
     Gunung Gading nampak melintang;
Hatiku bimbang dari dahulu,
     Putih kuning di mana menghilang?


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tunggang hilang berani mati.

Bermaksud :

Tiada gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela bangsa dan negara.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Batang meranti anak meranti, Batang sesah anak sesah; Tunggang mati tidakkan mati, Tunggang susah tidakkan susah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sayang Tunggang jauh ke hulu, Gunung Gading nampak melintang; Hatiku bimbang dari dahulu, Putih kuning di mana menghilang?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Makan sirih berpinang tidak, Makan saja tunggang-langgang; Kasih tidak tunang pun tidak, Saya saja terulang-ulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sirih tidak pinang pun tidak, Cerana sahaja tunggang-langgang; Kasih tidak tunang pun tidak, Saja dia berulang-ulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sirih tidak pinang pun tidak, Cerana sahaja tunggang-langgang; Kasih tidak kenang pun tidak, Sahaja abang terulang-ulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang menggala di bawah beringin, Patah penarik tunggang-langgang; Apa sebab abang tak ingin, Rambut elok paras ke pinggang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas