Seorang berperang seorang bertombak, Masing-masing tunjukkan jantan; Bukit bertepuk gunung berombak, Datang air jadi sempadan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Memang jala menangkap ikan, Pasir kita tempat bermain; Memang saya nak tunjukkan, Kalau berani mari bermain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Cuba-cuba menanam sirih, Cekor ada tumbuh sendiri; Cuba-cuba bertambat kasih, Kalau ada tunjukkan diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pokok jering baru berbuah, Mari ambil jual di kedai; Selagi ada biring bertuah, Jalak jangan tunjukkan pandai. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |