Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pergi sendiri (biasanya pemimpin, pembesar dsb) ke sesuatu tempat utk menyiasat (meninjau, melihat dsb) sesuatu keadaan, masalah dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pergi sendiri ke sesuatu tempat utk menyiasat, meninjau dsb sesuatu keadaan, masalah dll (bkn ketua, pemĀ­besar dsb): Mereka bersemangat semula utk menyiapkan projek tsb selepas ketua mereka ~ padang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,

Puisi
 

Tuan Haji memakai jubah,
     Turun ke padang memburu rusa;
Orang mengaji memuji Allah,
     Orang sembahyang mengampun dosa.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

PantunSumberTema
Anak Cina turun ke padang, Sampai ke padang hatinya meradang; Kalau benci tuan memandang, Keratlah saya dengan pedang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tuan Haji memakai jubah, Turun ke padang memburu rusa; Orang mengaji memuji Allah, Orang sembahyang mengampun dosa.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Tuan haji berbaju jubah, Turun ke padang menembak rusa; Tuan mengaji memuji Allah, Tuan sembahyang mengampun dosa.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Tiup api embun berderai, Turun ke padang memburu rusa; Niat di hati tak mahu bercerai, Hidup mati berkubur dua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Waktu senja tanak pulut, Untuk bekal turun ke padang; Di mulut naga lagi kurebut, Inikan pula di tangan orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Naik turun jalan ke padang, Banyaklah rumput di kanan kiri; Adik sepantun bulan mengambang, Sinarmu lembut menawan hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Layang-layang terbang melayang, Turun ke tanah memakan padi; Kalau ada kita sembahyang, Padang Mahsyar kita berhenti.Kurik Kundi Merah SagaAgama

Kembali ke atas