Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ban] | اوبن

Definisi : rambut yg sudah putih (atau mulai menjadi putih): orangnya sudah tua juga, ada ~ sedikit di kepalanya; ~ tahi harimau rambut uban yg berbelak-belak hitam; beruban 1. mempunyai uban (rambut putih), menjadi putih (bkn rambut seseorang): lama-lama besok engkau ~ dan rabun sebab mem-baca buku saja; 2. ki sudah lanjut umurnya, sudah tua (sehingga terdapat uban pd rambut): dr muda sampai ~ pun masih belum berubah perangai engkau; 3. ki sudah lama dlm sesuatu pekerjaan, sudah lama memegang sesuatu jawatan; sudah ~ baru berguam prb perihal orang tua yg tingkah lakunya spt orang muda; menguban 1. menjadi uban, memutih (rambut); 2. menyerupai uban; 3. = mengubani men-cabut uban; 4. sudah usang (pakaian dll); ubanan Jk 1. ada ubannya, beruban; 2. dlm kesusahan, kesempitan; pengubanan proses terbitnya uban, proses (rambut) menjadi uban: bahan itu boleh me- ngelakkan ~ sebelum matang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ban] | اوبن

Definisi : ; ~ kayu sj tumbuhan (rumpai), Cardio-spermum halicacabum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ban] | اوبن

Definisi : rambut yg sudah menjadi putih atau yg mula menjadi putih. beruban 1 sudah ada uban di kepala atau sudah mempunyai uban: Belum tua lagi, dia sudah ~. 2 sudah tua; sudah lama hidup: Aku ini sudah ~ tetapi belum juga berasa senang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
uban (kata nama)
Bersinonim dengan rambut putih;
Kata Terbitan : beruban, menguban, mengubani,

Puisi
 

Burung tuli mandi berhujan,
     Bolehlah mandi sekali lagi;
Orang tua menjunjung uban,
     Boleh masuk ke medan lagi.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Daripada pergi ke Tanjung Uban, Elok menetap di Tanjung Pagar; Daripada menanti burung di awan, Elok menangkap burung di sangkar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Banyak udang pasir melayang, Selak batu uban kepala; Sudah tiada kasih sayang, Tinggal saya tidak mengapa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung tuli mandi berhujan, Bolehlah mandi sekali lagi; Orang tua menjunjung uban, Boleh masuk ke medan lagi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka

Kembali ke atas