Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang yg hidup di air (berkulit keras, berkaki sepuluh, dan berekor); jenis-jenisnya: ~ galah, ~ geragau, ~ kara, ~ karang, ~ kertas, ~ laut, ~ laut lebar, ~ lubuk, ~ siar, dll; ~ kering udang yg dikeringkan; bongkok ~ melengkung badannya spt udang; kepala ~ ki bodoh benar; keropok ~ keropok yg dibuat drpd udang; pulut ~ sj makanan drpd pulut yg berintikan udang yg bercampur dgn kelapa yg diparut; ~ hendak mengata(i) ikan prb kesalahan orang lain tampak tetapi kesalahan sendiri tidak disedari; ~ merentak dlm tangguk prb orang yg tidak tetap laku dan kedudukannya; ~ tak tahu dibongkoknya prb orang yg tidak insaf dgn kekurangan diri sendiri; bagai ~ dlm tangguk prb a) menggeletek-geletek kerana kesukaan; b) dlm kesukaran; bagai ~ tahi di kepala prb banyak hutangnya; banyak ~ banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya prb kegemaran (kemahuan, fikiran, dll) tiap-tiap orang itu tidak sama; berudang ada udang, terdapat udang; ~ di balik batu prb ada sesuatu yg tersembunyi drpd yg dilahirkan dgn mulut atau dgn perbuatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata udang I

Puisi
 

Anak udang,
     udang juga,
Tak boleh dibuat anak tenggiri;
     Anak orang,
orang juga,
     Tak boleh dibuat anak sendiri.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Udang merentak dalam tangguk.

Bermaksud :

Tidak tenteram (gelisah, susah dan sebagainya). (Biasa juga: Udang dalam tangguk).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Pantun

PantunSumberTema
Bukan udang sebarang udang, Udang bernama si udang galah; Bukan sayang sebarang sayang, Sayang bercinta pantang menyerahKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan udang sebarang udang, Udang dapat meniti rakit; Bukan sayang sebarang sayang, Sayang seberat bumi dan langit.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan udang sebarang udang, Udang sungai rasanya sedap; Bukan sayang sebarang sayang, Sayang tak sampai mataku gelap.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ikan talang ikan terubuk, Udang galah udang kepai; Malang sungguh nasib Pak Kaduk, Ayam menang kampung tergadai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Anak udang, udang juga, Tak boleh dibuat anak tenggiri; Anak orang, orang juga, Tak boleh dibuat anak sendiri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak udang, udang juga, Tidak sama anak tenggiri; Anak orang orang juga, Tidak sama anak sendiri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Cik Salleh memancing udang, Udang dipancing dalam perahu; Pilih memilih bawa tukang, Baru kenal sutera belacu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Pais udang pais ikan, Buat pekasam ikan sembilang, Menangis kera diberi belacan, Ada keju masih di kilang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Banyaklah udang masuk tengkalak, Pagi petang orang menunggu; Hendak kupinang takut ditolak, Iatilah abang menahan rindu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Wakil udang kepada belida, Wakil belida kepada buntal; Degil bujang kerana janda, Degil janda kerana gatal.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
123456789

Kembali ke atas