Ulak-ulak di pekan-pekan, Labu lama di jagung dulang; Kalau bertolak kami berpesan, Jangan lama di kampung orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Ulak- ulak perahu Kuraman, Pulau Burung tempat berhenti; Apa penjolok bunga di taman, Belum dapat belum berhenti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ulak-ulak sampiran kain, Buah padi taruh di dulang; Kapal bertolak enjinnya bermain, Buah hatiku di kampung orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Layarkan biduk laju-laju, Berlabuh tentang ulak karang; Tinggalkan anak tentu-tentu, Jangan pengejut ayam orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |