Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öu.la.ma/]/[u.la.ma/] | علماء

Definisi : orang yg ahli (pakar) dlm pengetahuan agama Islam: Imam Abu Hanafiah ialah seorang ~ Islam yg terkenal; mengulamakan menjadikan seseorang (golong-an) ulama: ~ intelektual; ® alim I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öu.la.ma/]/[u.la.ma/] | علماء

Definisi : orang yg ahli dlm hal atau dlm pengetahuan agama Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ulama (kata nama)
1. Dalam konteks Islam
bersinonim dengan jamhur, malim, cerdik pandai agama, ahli agama, tuk guru, ustaz,

2. Bersinonim dengan pendeta: pedanda, rohaniwan.,



Pantun

PantunSumberTema
Pantun Melayu kepada ulama, Ulama terpuji lahir dan batin; Senonoh laku mulia nama, Ke mana pergi hidup terjamin.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanda adat bersendi syarak, Adat memelihara petuah ulama; Tanda umat berbudi akhlak, Luar malam jadi teladan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanda adat bersendi syarak, Adat memelihara petua ulama; Tanda umat berbudi akhlak, Taat setia ke ibu bapa.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau diparut buah kurma, Dapat dimakan rasanya nikmat; Kalau diturut petua ulama, Selamat badan dunia akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jangan direndam buah delima, Kalau direndam lapuklali dahan; Jangan ditentang petua ulama, Kalau ditentang dikutuk Tuhan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau tidak bersama-sama, Manakan dapat sembahyang Jumaat; Kalau tidak kerana ulama, Manakan dapat hidup selamat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sejak tungau berbini tuma, Banyaklah angsa menimang haji; Sejak harimau menjadi ulama, Banyaklah rusa datang mengaji.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau dimakan buah delima, Padi di ladang dimakan bubut; Kalau dilawan petua ulama, Negeri yang tenang menjadi ribut.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalaulah hilang kulim di rimba, Rosaklah padi dimakan rusa; Kalaulah hilang alim ulama, Rosaklah negeri ditelan dosa.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kerana ada kulim di rimba, Batang langsat jadi berputik; Kerana ada alim ulama, Orang yang sesat menjadi baik.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12

Kembali ke atas