Ulang-ulang ke kampung sini, Singgah menabur biji bayam; Ulang-ulang ke kampung ini, Ada juga menyabung ayam. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau jeruju bandar Siam, Siang-sianglah kok padi; Kalau beralih tempat diam, Ulang-ulang mandi kini. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Pergi sekolah berulang-ulang, Budak-budak belajar memanah; Lain biduk lain digalang, Lain yang bengkak lain yang menanah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Sayang selasih di Bukit Dulang, Diputik sedulang laut Sebandi; Terima kasih berulang-ulang, Sudi menjemput kami di sini. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau upih katakan upih, Kalau seludang kata seludang; Kalau boleh katakan boleh, Jangan saya ulang-berulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Gunung api di atas gedung, Sudah jerang ke baba Melaka; Sakit kaki kerana beradung, Duk ulang janda celaka. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Pohon geti bunga serangkul, Ambil galah tergawang-gawang; Kalau benci khabarlah betul, Tidaklah kami berulang-ulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Makan sirih berpinang tidak, Makan saja tunggang-langgang; Kasih tidak tunang pun tidak, Saya saja terulang-ulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sirih tidak pinang pun tidak, Cerana sahaja tunggang-langgang; Kasih tidak tunang pun tidak, Saja dia berulang-ulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sirih tidak pinang pun tidak, Cerana sahaja tunggang-langgang; Kasih tidak kenang pun tidak, Sahaja abang terulang-ulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |