Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ulu

Puisi
 

Pecah tombak Ulu Tembeli,
     Mari letak di tapak tangan;
Dah bertolak saya di sini,
     Tinggal tapak di tengah laman.


Lihat selanjutnya...(18)

Pantun

PantunSumberTema
Pisau raut ulu sekerat, Pakai anak panglima desa; Dari laut naik ke darat, Memang nak cari senjata yang bisa.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Pecah tombak Ulu Tembeli, Mari letak di tapak tangan; Dah bertolak saya di sini, Tinggal tapak di tengah laman.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Pisau raut ulu manung, Sudah manung bersalut timah; Lautan dalam ada gunung, Tak kusangka hujan dalam tanah.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Putik kaduk Ulu Telemu, Singgah bertemu di Pantai Wali; Saya tak mabuk kerana ilmu, Mabuk saya kerana janji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Makan durian Ulu Kemaman, Bunga kerindu sangkut di dahan; Makan tak sedap tidur tak nyaman, Hatiku rindu manakan tahan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukit Kaduk Ulu Telemu, Singgah menanak Batali; Saya tak masuk kerana ilmu, Saya masuk kerana janji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bergiat beguk Ulu Tembeling, Nampak dari Pulau Sari; Adik duduk sanggul melintang, Bagai bunga kembang pagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rumah besar di Ulu Langat, Tempat duduk anak Cik Mamat; Kalau betul lemah semangat, Tak boleh bercampur keli bersengat.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Lemak ketam di Ulu Terengganu, Lagi lemak lagi bertelur; Saya berpesan abang si anu, Saya tiada berteman tidur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil buah berangan, Kampung Ulu Mukah; Pandai guna tangan, Bijak mengatur langkah.Pantun Melayu SarawakJati Diri
12

Kembali ke atas