Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.mat] | اومت

Definisi : 1. para pemeluk atau penganut sesuatu agama, pengikut Nabi: ~ Islam terdiri drpd bermacam-macam bangsa dgn berbagai-bagai bahasa; 2. seluruh rakyat, orang banyak, khalayak ramai: ~ Asia-Afrika; 3. segolongan manusia, bangsa: ayuhai kaum bangsaku, cubalah kita renungkan keduduk-an ~ kita, Melayu! 4. = ~ manusia seluruh bangsa manusia, sekalian manusia: Nabi bagi segala ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.mat] | اومت

Definisi : 1 pengikut Nabi; penganut sesuatu agama: ~ Islam; ~ Muhammad SAW. 2 seluruh rakyat; orang ramai. 3 = ~ manusia sekalian manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umat (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan pemeluk: penganut, pengikut, ahli, anak buah,

2. Bersinonim dengan orang ramai: seluruh rakyat, orang banyak, khalayak ramai, umum,

3. Bersinonim dengan segolongan manusia: bangsa, sekumpulan manusia.,


Puisi
 

Malam ini malam Jumaat,
     Pasang lilin depan pintu;
Kalaulah kita umat Muhammad,
     Kena sembahyang lima waktu.


Lihat selanjutnya...(14)

Pantun

PantunSumberTema
Tegak adat teguhlah umat, Umat teguh hidup pun damai; Rosak adat tumbuhlah laknat, Laknat tumbuh hidup meragai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai menjaga diri; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai tiada mengiri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai membawa berakah; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai tiada susah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai tempat bersandar; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai hilang sengketa.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai hilanglah nista; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai hati senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai menjadi suluh; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai seia sekata.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai eloklah laku; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai seaib semalu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai bertindak adil; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai tidak mengganjil.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai akhlak terpuji; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramal bela-membela.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai mengikut undang; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramal tidak terkeji.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12345678910...

Kembali ke atas