Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata umpat,

Peribahasa

Dari jauh diangkat telunjuk,
     kalau dekat diangkat mata.

Bermaksud :

Umpat dan caci kerana kelakuan yang tidak senonoh.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Banyak tempat perkara tempat, Paling buruk tempat berkelah; Banyak umpat perkara umpat, Paling buruk mengumpat Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ulat bukan sebarang ulat, Ulat sutera gunanya banyak; Umpat bukan sebarang umpat, Diumpat mentua telinga pekak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ulat bukan sebarang ulat, Ulat tahi di bawah jamban; Umpat bukan sebarang umpat, Diumpat bini bawa berjalan.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
guna komputer maklumat cepat, Serba canggih zaman sekarang; Kata-mengata umpat-mengumpat, Kerja tersangkut masa terbuang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Orang memukat pagi dan petang, Penat dan lelah ia tahankan; Orang beradat berhati lapang, Umpat dan fitnah ia diamkan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok kain kerana lebar, Lebar penudung aurat sendiri; Elok pemimpin kerana sabar, Sabar menampung umpat dan keji.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kain lipat di dalam bilik, Lipat jangan segi pun jangan; Kalau lepas sayalah balik, Umpat jangan caci pun jangan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat

Kembali ke atas