Banyak tempat perkara tempat, Paling buruk tempat berkelah; Banyak umpat perkara umpat, Paling buruk mengumpat Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ulat bukan sebarang ulat, Ulat sutera gunanya banyak; Umpat bukan sebarang umpat, Diumpat mentua telinga pekak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ulat bukan sebarang ulat, Ulat tahi di bawah jamban; Umpat bukan sebarang umpat, Diumpat bini bawa berjalan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
guna komputer maklumat cepat, Serba canggih zaman sekarang; Kata-mengata umpat-mengumpat, Kerja tersangkut masa terbuang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Orang memukat pagi dan petang, Penat dan lelah ia tahankan; Orang beradat berhati lapang, Umpat dan fitnah ia diamkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Elok kain kerana lebar, Lebar penudung aurat sendiri; Elok pemimpin kerana sabar, Sabar menampung umpat dan keji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kain lipat di dalam bilik, Lipat jangan segi pun jangan; Kalau lepas sayalah balik, Umpat jangan caci pun jangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |