Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.dur.un.dur] | اوندور٢

Definisi : Jw 1. sj binatang kecil yg gemar makan semut; 2. sj ketam kecil di pantai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata undur-undur

Puisi
 

Tajam senjata musuh pun undur,
     Mengertak masuk seperti kuda;
Pejamkan mata tak mahu tidur,
     Rupanya tuan datang menggoda.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Hendak mara bedil bertinak,
     hendak undur gelar telah besar.

Bermaksud :

Keadaan yang serba salah pada orang yang telah diberi pangkat; hendak memelihara tarafnya tiada cukup wangnya, hendak undur malu kerana pangkatnya sudah tinggi. bertinak = tak putus-putus datang, bertubi-tubi; mara = maju.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Nampak beting jauhnya pelik, Nampak perahu pergi balik; Sungguh biring jatuh tergolek, Undur-undur dia terkam balik.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Tajam senjata musuh pun undur, Mengertak masuk seperti kuda; Pejamkan mata tak mahu tidur, Rupanya tuan datang menggoda.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tirai berombak-ombak, Bantal bertekat di tepi dinding; Biar undur hendak berkuak, Pengantin nak masuk bersanding.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tetak atap disusun jangan, Buluh muda sedang mengkawan; Sudah minta undur jangan, Badan muda sedang melawan.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Tetak atap disusun jangan, Buluh muda sedang mengkawan; Sudah didekat undur jangan, Orang muda segan melawan.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Kalau tak beli jangan dibelek, Kata orang bijak cerdik; Kalau dah undur terkam balik, Itu tanda umur nak pendek.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Batu Pahat Sungai Kundur, Tempat tumbuh paku dulang; Kalau jahat baiklah undur, Jangan menyakit hati orang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Dayang molek menggoreng telur, Sudah digoreng dalam kuali; Jika malu jangan undur, Saya tidak mungkir janji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kata tuan gula kundur, Tumpah tanah di atas papan; Lepas lari jangan undur, Tumpah darah di hadapan.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Cik Ali membelah kundur, Kundur terletak atas papan; Apa jadi saya tak undur, Tumpah darah atas papan.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
12

Kembali ke atas