Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ung.gas] | اوڠݢس

Definisi : segala jenis burung: sekalian ~ yg terbang pun habis menaruh sayang kasihan belas akan Raja Jawa itu; ~ angkasa burung yg terbang tinggi di angkasa; ~ dewata burung di syurga; ~ puding sj burung; lepas ~ besar sekali; mengunggas; ~ puding Mn lari (kerana ketakutan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ung.gas] | اوڠݢس

Definisi : segala jenis burung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata unggas


Pantun

PantunSumberTema
Burung bernama unggas bumban, Hinggap mematah ranting lada; Dua kali berkata enggan, Bagaikan emas bergelang ganda.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Rama-rama kebun Cik Daud, Hinggap di ranting lalu meniti; Bila ada pulau di laut, Senang unggas tumpang berhenti.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas