Banyak ungka perkara ungka, Besarlah ungka dari cigak; Banyak derhaka perkara derhaka, Besarlah derhaka ibu bapak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak ungka duduk di batang, Petang hari barulah makan; Awak cinta mabuk kepayang, Orang benci malulah badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana ungka tidakkan sedih, Kijang dan kambing menuntut balas; Bagaimana muka tidakkan putih, Sedang bersanding kentut terlepas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana ungka tidak memanjat , Kijang marah semut merengus; Bagaimana muka tidakkan merah, Sedang menyembah kentut berlepus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak ungka terbang cepat, Anak kedidi berjalan sedepa; Bukan senang mencari sahabat, Sahabat berbudi sukar dijumpa. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Buah cempedak dimakan ungka, Dapat seulas tidak berbiji; Sudah retak menahan duka, Abang tak belas·kepada kami. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buah nangka dimakan ungka, Belum masak sudah berulat; Puas sudah menahan cinta, Eloklah kita menikah cepat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tak beranak ungka di darat, Banyaklah timbul batang benta; Kalau tak tegak pemuka adat, Banyaklah timbul silang sengketa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Berbuah macang dimakan ungka, Ada angin gugur sendiri; Salah cencang tangan terluka, Salah pemimpin hancur negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau orang menjaring ungka, Rebung seiris kan pengukusnya; Kalau arang tercoreng ke muka, Ujung keris kan penghapusnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |