Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata untuk;

Puisi
 

Hendak memetik daun palas,
     Buat isi buah berangan;
Berbudi bukan minta balas,
     Hanya untuk kenang-kenangan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Bertambah semakin kurang.

Bermaksud :

Tentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(116)

88

You can catch more flies with honey than with vinegar

Untuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu)

Batu pun empuk, jangankan manusia

If you want some secret tips, do not be rude to her. A polite approach is more effective than rudeness and even at times you have to be ingratiating. Take it from me, you can catch more flies with honey than with vinegar.

Jika awak mahu mencungkil petua rahsia, janganlah bersikap biadap terhadapnya. Cara yang penuh sopan santun lebih berkesan meskipun kadang kala awak terpaksa mengampunya. Percayalah cakap saya, batu pun empuk, jangankan manusia .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(230)

Pantun

PantunSumberTema
Untuk apa membeli renda, Untuk memperindah sulaman; Untuk apa berbini janda, Untuk menambah pengalaman.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Untuk apa kain panjang, Untuk alas tempat tikar; Untuk apa main belakang, Untuk membalas tak jujur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Untuk apa mencari manggis, Untuk dimakan lainnya sedap; Untuk apa membeli keris, Untuk menjaga laki menyelap.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Untuk apa membeli batik, Untuk jadi kenang-kenangan; Untuk apa berbini cantik, Untuk jadi timang-timangan.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Untuk apa orang menyepuh, Untuk menguatkan mata parang; Untuk apa abang bersimpuh, Untuk memohon kasih sayang. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Untuk apa menjala limbat, Untuk dijual setiap hari; Untuk apa bekerja berat, Untuk bekal hidup nanti.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Untuk apa memasang belebat, Untuk tumpuan batang gelegar; Untuk apa membilang adat, Untuk menentukan salah dan benar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Untuk apa orang menari, Untuk dapat bersukacita; Untuk apa abang ke mari, Untuk melihat wajah dinda.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Untuk apa megerat kelim, Untuk rumah di tepi ladang; Untuk apa surat kukirim, Untuk menambah kasih sayang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Api arang untuk menggulai, Sudah masak makan bersama; Hati orang elok perangai, Di mana tegak akan ternama.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12345678910...

Kembali ke atas