Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.rat.u.rat] | اورت٢

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar sagu paya, bunga petaya, Dalbergia sterco-racea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata urat-urat

Puisi
 

Sapa-sapa di tepi mahligai,
     Urat nanas jadikan ijuk;
Ilmu apa adik pakai,
     Hati yang panas menjadi sejuk.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Menghendaki urat lesung.

Bermaksud :

Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Urat kacang bertali-tali, Belum diraba belum kan layu; Kuat orang jangan peduli, Marah itu ada tempatnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Urat kacang bertali-tali, Belum diraba belumkan layu; Kuat orang jangan peduli, Belum dicuba belum kan tahu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Urat kayu tengah halaman, Bila terbelah menjadi kayu; Adat Melayu zaman-berzaman, Bila tersalah berilah tahu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Baik urat elok batangnya, Elok batang tidak lapuk; Baik adat elok orangnya, Elok orang tidak kemaruk.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Baik urat elok batangnya, Elok batang tidak meranggas; Baik adat elok orangnya, Elok orang tidak pemanas.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Baik urat elok batangnya, Elok batang kuat dan kukuh; Baik adat elok orangnya, Elok orang sifat senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Baik urat elok batangnya, Elok batang tiada berduri; Baik adat elok orangnya, Elok orang suka memberi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Baik urat elok batangnya, Elok batang tiada retak; Baik adat elok orangnya, Elok orang tiada tamak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Baik urat elok batangnya, Elok batang tidak berlumut; Baik adat elok orangnya, Elok orang tidak menghasut.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Baik urat elok batangnya, Elok batang tidak berulat; Baik adat elok orangnya, Elok orang tidak khianat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
1234567

Kembali ke atas