Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.sung] | اوسوڠ

Definisi : ; berusung 1. pergi dgn ditandu, naik tandu, bertandu: apabila raja berangkat hari raya ~, penghulu bendahari memegang kepala usungan yg di kanan; 2. dipikul (diangkat) beramai-ramai; mengusung 1. membawa (orang) dgn meng-gunakan tandu, menandu: Seri Udani pun diusung orang, dibawa kembali ke rumah-nya; 2. mengangkat (membawa) beramai-ramai: baginda bertemu dgn si pencuri lima orang ~ satu peti berdua, yg tiga orang itu mengiringkan dia; usungan 1. alat utk mengusung (tandu dll): orang besar-besar dibawa dlm ~ dan dikelilingi oleh pengiring-pengiring; 2. benda yg diusung; 3. alat yg terdiri drpd dua batang kayu, kanvas dsb utk mengusung orang yg sakit, cedera dsb dlm keadaan terbaring; berusungan menggunakan usungan (ketika berjalan-jalan dll): Laksamana dianugerahi usungan, ~ ia ke sana ke mari; pengusungan perihal mengusung; pengusungan perihal mengusung; pengusung orang yg membawa usungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sung] | اوسوڠ

Definisi : naik tandu; dipikul beramai-ramai dgn tandu; bertandu. mengusung 1 mem­bawa (seseorang) dgn menggunakan tandu; menandu: Penduduk-penduduk kampung itu telah ~ orang yg cedera ke am­bulans. 2 mengangkat atau membawa be­ramai-ramai di atas bahu: Mereka telah ~ jenazah itu ke kubur. usungan 1 alat utk mengusung. 2 benda yg diusung: ~ itu sangat berat. pengusungan perbuatan atau hal mengusung. pengusung orang yg mengusung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[u.sung] | اوسوڠ

Definisi : ; berusung pergi dgn ditandu; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usung
Kata Terbitan : berusung, mengusung, usungan,


Pantun

PantunSumberTema
Usung bukan sebarang usung, Usungan berisi buah belera; Untung bukan sebarang untung, Untung berbini lepas selera.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas