Kencang utara daratan Siam, Bunyi beduk dari hulu; Datang sengsara duduk diam, Asalkan tertutup sekalian malu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Dari utara terus ke selatan, Betik menjadi buah papaya; Satu mutiara satu intan, Yang mana baik pilihan saya. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Apabila bertiup angin utara, Berlabuh cepat supaya selamat; Apabila hidup ingin sejahtera, Jauhkan sifat dengki khianat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Angin barat angin utara, Tinggi petak pada ruang; Jangan harap pada saya, Hak tiada bahasa pun kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Bungalah tanjung dari utara, Memakai ku cincin permaisuri; Jika ku terkandung dalam perkara, Tidak kukunci memangku diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bunga tanjung dari utara, Dikarang bersama bunga kenanga; Bagaimana hati tak gila, Makan tidur rasa tak lena. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga tanjung dari utara, Jatuh sekuntum melayang-layang; Bagaimana hati tidak gila, Tidur malam terbayang-bayang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Telah lama orang memukat, Angin utara sudah berhenti; Sudah lama kukandung niat, Ingin bersua si buah hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bertolak dari Kimanis, Belayar angin utara; Berhadapan mulutnya manis, Lain belakang lain bicara. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Mendung si mega mendung, Mendung datang dari utara; Hari-hari saya termenung, Terkenang cinta lama tak jumpa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |