Naik turun membawa teman, Nampaknya senang wajah berseri; Adik sepantun bunga di taman, Banyaklah kumbang datang menyeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Burung merbuk burung merpati, Terbang berpusing hala bendang; Wajah elok menawan hati, Siang malam hamba terkenang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Begitu juga keropok tenggiri, Hasil produk ahli pesara; Itulah wajah anak Negeri, Setia berkorban untuk Negara. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Berjalan berhati-hati, Jangan berlari-lari; Kalau senang hati, Wajah berseri-seri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Sampan kolek di Pulau Jemaja, Pulau Sibu tempat bayangan; Wajah yang molek ditatap saja, Hati yang satu digadai jangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Patah kemudi di Tanjung Jati, Mata bertentang jantung berdebar; Tersematlah wajah di lubuk hati, Semakin ditentang semakin gementar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Membeli tali pasar Senyawan, Dayang Juita berjalan kaki; Demi kupandang wajah menawan, Manakan ajak apa jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Angkatlah dari pasar landih, Membeli tali pasar senyawan; Demi kupandang wajah kekasih, Merosak hati menggugur iman. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sejak orang menuba tasik, Larilah beruk ke rimba dalam; Sejak memandang wajah adik, Hati beramuk siang malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tak mustahil gembala gajah, Gajah dibawa dua gembala; Dalam air kunampak wajah, Dalam api kupandang muka. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |