Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ji/] | واجيق

Definisi : sj penganan yg dibuat drpd beras pulut (gula, santan), nasi manis, pulut kacau; ~ takik wajik yg dibuat keras (supaya tahan lama); potong ~ potongan (kuih dll) yg ber­bentuk empat persegi menyerong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ji/] | واجيق

Definisi : penganan yg dibuat drpd beras pulut, gula dan santan; nasi manis; pulut kacau: ~ takik wajik yg dibuat keras supaya tahan lama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wajik

Puisi
 

Buah kepayang dari Senggarang,
     Pergi Separut membuat wajik;
Dulu kaya sombong dan garang,
     Sekarang papa semua mengejek.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Wajik bertakik penganan lama, Sejak dahulu sudah terbilang; Wajahmu molek bagaikan purnama, Membuat diriku mabuk kepayang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Padi pulut ditanam orang, Berasnya dapat dibuat wajik; Hatiku kalut karam seorang, Bila teringat kepada adik.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Encik Esah pergi Merlong, Buah papaya dibikin wajik; Orang susah jangan ditolong, Kalau dah kaya kita diejek.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Buah kepayang dari Senggarang, Pergi Separut membuat wajik; Dulu kaya sombong dan garang, Sekarang papa semua mengejek.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat

Kembali ke atas