Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.lau.pun] | والاوڤون

Definisi : biar(pun), kendati(pun), meski(pun): ~ sudah lewat tengah malam, ia akan pergi juga memanggil doktor; lau I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.lau.pun] | والاوڤون

Definisi : biarpun; meskipun: ~ hari sudah jauh malam, ia belum juga tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata walaupun

Puisi
 

Laksamana Bentan datang menyembah,
     Merendah diri walaupun gagah;
Raja adil raja disembah,
     Raja zalim raja disanggah.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Hitam-hitam gajah,
     putih-putih udang kepai.

Bermaksud :

Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Pantun

PantunSumberTema
Walaupun ikan sudah dimasak, Nasinya baru hendak dijerang; Walapun tuan sudah menolak, Cinta kasihku tidakkan hilang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walaupun lauk bersemut api, Kerana lapar dimakan juga; Walau menyorok ke perut bumi, Hamba kejar tuan ke sana.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walaupun kain penutup aurat, Baju yang koyak dibawa juga; Walau miskin hidup melarat, Hatiku tidak gilakan harta.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walaupun benih dimakan musang, Bila disiram tetap menjadi; Walau kekasih di tangan orang, Cinta kupendam tetap abadi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walaupun benih sudah mengering, Bila ditanam banyak yang tumbuh; Walau kekasih sudah berpaling, Cinta kupendam tidakkan luluh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walaupun beduk sudah berbunyi, Kerana bimbang berjalan juga; Walaupun teruk dibelasah bini, Kerana sayang ditahankan juga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Walaupun lutut rasa gementar, Kerana diburu berpacu pulang; Walaupun perut sudah lapar, Kerana malu mengaku kenyang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Walaupun menggulai tidak bisa, Memasak pindang tentulah jadi; Walaupun bercerai talak tiga, Banyaklah kenangan dibawa mati.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Walaupun menggulai tidak bisa, Dapat bertanak sudah bersyukur; Walaupun bercerai talak tiga, Mengingat anak tetap bertegur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Walaupun taji sudah dipasang, Kerana goyang dicabut lagi; Walaupun hati sudah meradang, Kerana berhutang mulut terkunci.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12345678

Kembali ke atas