Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yu

Puisi
 

Anak yu dua serupa,
     Yu berjumpa dengan sembilang;
Janji dulu adik tak lupa,
     Tunggulah sampai adik pulang.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Seperti sekelat muka dua.

Bermaksud :

Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari, b. Talam dua muka). sekelat = kain tenun daripada bulu domba.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Yu-yu kataku tamban, Kalau tamban mana loncatnya? Rindu-rindu kata demam, Kalau demam mana pucatnya?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Yu parang yu tenggiri, Jarang-jarang gigi di depan; Tuntut ilmu kebaikan diri, Senjata mengidam darah di badan.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Yu tangan sapu tangan, Jatuh ke laman berisi bunga; Busuk tangan celaka tangan, Dalam tangan orang punya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak yu dua serupa, Yu berjumpa dengan sembilang; Janji dulu adik tak lupa, Tunggulah sampai adik pulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak yu karang-karang, Mari karang kepala titi; Sudah berjumpa lawan yang garang, Bertentang mata bergoncang hati.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Anak yu mati terlentang, Mati ditikam duri semilang; Pilu hati bukan kepalang, Gunung tinggi menjadi padang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Anak yu senangin bulan, Bawah bulan pagar jerami; Kalau rindu pandang bulan, Dalam bulan ada kami.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak yu katakan tamban, Kalau tamban mana loncatnya; Tuan rindu katakan demam, Kalau demam mana pucatnya?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari pulau menjala yu, Pergi pulang orang belayar; Hati risau menahan rindu, Abang pergi tiada khabar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Layang-layang mandi buih, Yu mati masuk pukat; Kasih sayang dicari boleh, Setuju di hati jarang dapat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas