Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (jangka) masa yg telah lama berlalu, dahulukala, masa lampau; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pd) zaman atau jangka masa yg sudah lama berlalu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
zaman (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangka masa: tempoh masa, era,

2. Bersinonim dengan kala: ketika, waktu, masa,

Kata Terbitan : berzaman-zaman, berzaman, zaman-berzaman,

Puisi
 

Zaman dahulu kereta lembu,
     Zaman sekarang kereta kuda;
Harap tuan memberitahu,
     Apa maksudnya kita bercinta?


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

PantunSumberTema
Zaman dahulu zaman bahari, Jauh sudah kita tinggalkan; Janganlah malu pada suami, Baju di dada kita tanggalkan.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman dahulu hidup tenteram, Sanak saudara beramah-tamah; Badan lesu tak tidur malam, Dibentak mentua celana basah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Seri Mersing lagu Melayu, Mari dikarang zaman dahulu; Duduk termenung menongkat dagu, Mengenang nasib dagang piatu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Siti Wan Kembang perintah Kelantan, Nama termasyhur zaman dahulu; Baik-baik memilih intan, Takut terkena kaca dan batu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Pulau Pinang Pekan Baru, Kapten Light menjadi raja; Bila terkenang zaman dahulu, Jatuh berlinang air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hanyut pinang dari hulu, Pinang berisi madu lebah; Bila terkenang zaman dahulu, Rindu sekarang menggigit lidah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ikan kelah mudik ke hulu, Ikan keli naik ke darat; Zaman setelah zaman dahulu, Orang berjanji jangan diharap.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Ali menjual kayu, Orang di bukit menjual lada; Kalau teringat zaman dahulu, Rasa menitik air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang hulu pulang ke hulu, Sampai ke hulu menyangkul busut; Bila terkenang zaman dahulu, Hati yang baik menjadi kusut.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Air pasang mudik ke hulu, Sayang bertambur di atas getah; Bila terkenang zaman dahulu, Rasa berhambur si air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas