Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. mustahil, tidak munasabah, tidak beralasan, tidak benar: fitnah yg ~;memikirkan perkara yg ~; bertanya yg ~; melepaskan kata nista yg ~; 2. amat sangat: ~ bodohnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak masuk akal; tidak munasabah; mustahil: Jangan suka menceritakan yg ~. 2 amat sangat; terlalu sangat: Barang ini ~ mahalnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukan-bukan

Puisi
 

Hendak dipais bukan todak,
     Hendak dibemban bukan terung;
Hendak menangis bukan budak,
     Hendak terbang bukan burung.


Lihat selanjutnya...(148)
Peribahasa

Angan-angan mengikat tubuh.

Bermaksud :

Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBukan kutimba bukan kucebok, Anak gelama dalam bubu; Bukan kusila bukan kumabuk, Dari selama dah sahaja begitu.
Kurik Kundi Merah SagaHendak dipais bukan todak, Hendak dibemban bukan terung; Hendak menangis bukan budak, Hendak terbang bukan burung.
Kurik Kundi Merah SagaItik bukan ayam pun bukan, Anaklah angsa memakan bertih; Adik bukan abang pun bukan, Sajalah saya hati nak kasih.
Kurik Kundi Merah SagaPecah sudu pecah pingganku, Main gasing beramah-tamah; Bukan jodoh bukan lawanku, Macam anjing di bawah rumah.
Kurik Kundi Merah SagaBulan Safar bulan sebelas, Cahayanya cerah menyapu awan; Bukan mengata bukan membalas, Saya serah melukut secawan.
Kurik Kundi Merah SagaAyam hutan keluar hutan, Ular lidi mati tersangkut; Emak bukan saudara bukan, Kerana kasih saya turut.
Kurik Kundi Merah SagaPacak lokan panggang lokan, Lokan tersangkut di papan kemudi; Kakak bukan saudara bukan, Tersangkut sedikit kerana budi.
Kurik Kundi Merah SagaAyam hutan terbang ke hutan, Tali tersangkut pagar duri; Adik bukan saudara bukan, Hati tersangkut kerana budi.
Kurik Kundi Merah SagaTuan berjalan ke darat-darat, Mari berjumpa Abang Ismail; Bukan burung dapat dijerat, Bukan ikan mati di kail.
Kurik Kundi Merah SagaAyam hutan terbang ke hutan, Sangkut sikit tali kemudi; Daging bukan darah pun bukan, Sangkut sikit kerana budi.
12345678910...

Kembali ke atas