Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sesuatu atau seseorang yg diharap(kan): memang tidak ada ~ yg cita-citanya akan berjaya; 2. perihal mengharap­kan: ~nya utk mendapat bantuan telah hilang; 3. = orang ~ orang yg diharapkan (dipercayai), orang kepercayaan: hanya orang tua itu ~nya; pemuda ~ bangsa pemuda yg diharap akan memimpin dan memajukan bangsa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 orang atau sesuatu yg diharapkan: Dialah ~ gurunya kerana dia bijak, berani dan tegas. 2 hal berharap: Memang ada ~ bahawa cita-citanya akan tercapai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harap
Kata Terbitan : berharap, mengharapkan, terharap-harap, harapan,

Puisi
 

Penangan juadah di atas peti,
     Pinang selaya dari kota;
Putuslah sudah harapan hati,
     Gugur berderai si airnya mata.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Jadi penghubung mata telinga.

Bermaksud :

Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan. (Peribahasa lain yang sama makna: Jadi penghubung kaki tangan).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPapan saya papan berkerat, Sudah lama saya tempakan; Harapan saya dengan hasrat, Minta tuan jangan hampakan.
Kurik Kundi Merah SagaPenangan juadah di atas peti, Pinang selaya dari kota; Putuslah sudah harapan hati, Gugur berderai si airnya mata.
Kurik Kundi Merah SagaBukit runtuh sehari semalam, Kayu terlepas beribu ratus; Sauhnya putus kapal tenggelam, Harapan kami jangan diputus.
Kurik Kundi Merah SagaRumah bertiang dinding papan, Tanam selasih di tengah laman; Biar hilang segala harapan, Namun kasih hamba turutkan.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi sungguh pokok pisang, Tinggi lagi asap api; Tinggi sungguh gunung melintang, Tinggi lagi harapan hati.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh tinggi Gunung Ledang, Tinggi lagi asap api; Sungguh tinggi mata memandang, Tinggi lagi harapan hati.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh tinggi Gunung Ledang, Tinggi lagi asap api; Sungguh tinggi mata memandang, Tinggi lagi harapan hati.
Kurik Kundi Merah SagaBerapa tinggi pucuk pisang? Lebih tinggi asap api; Berapa tinggi Gunung Ledang? Lebih tinggi harapan hati.
Kurik Kundi Merah SagaPokok pauh di tanah seberang, Benih berasal dari kampung; Dari jauh kami nan datang, Besar harapan setinggi gunung.
Kurik Kundi Merah SagaPagi-pagi pergi ke ladang, Hendak menyemai benih padi; Berapa tinggi Gunung Ledang, Tinggi lagi harapan hati.

Kembali ke atas