Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. hujung yg runcing pd pangkal parang (pisau dll) yg dimasukkan ke dlm hulu; 2. ki kelentit; 3. sisa kayu (rokok dll) yg pendek-pendek, puntung: memungut ~ rokok di atas jalan; 4. = ~ tetek (susu) bahagian hujung tetek; 5. susu palsu (diperbuat drpd getah dll): anak itu diajar menghisap ~ kosong; ~ beliung a) pangkal beliung; b) = angin ~ beliung angin puyu; ~ cepu-cepu hujung tiang (perahu dll); ~ damar tangkai suluh yg dibuat drpd damar; ~ kayu bp puntung kayu, sisa kayu (yg pendek-pendek); ~ rokok bp sisa rokok; ~ tunam sl tali api-api utk memasang meriam, murang; berputing 1. ada putingnya: beliung ialah sejenis mata pisau yg tajam lagi ~; 2. bp jadi puting, tinggal puting, tinggal pendek saja lagi: rokoknya dah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ beliung sj ikan darat, susah batu, Homaloptera spp.; ~ damar sj ikan laut, Sillago sihama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bahagian pangkal parang yg runcing yg dimasukkan ke dlm hulu: parang ~ parang yg tidak berhulu. 2 = ~ susu bahagian hujung tetek. 3 benda yg dibuat drpd getah utk dinyunyut oleh anak-anak kecil. 4 unjuran pd bahagian hujung kayu yg dimasukkan ke dlm lubang tanggam (utk membuat sambungan). ~ beliung angin yg sangat kencang yg dpt menumbangkan bangunan dan tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puting (kata nama)
Bersinonim dengan puting susu, mata susu, hujung susu, pentil, bentil susu, ambing.,

Puisi
 

Baik-baik jaga pedoman,
     Kapal belayar puting anak;
Sudah kembang bunga di taman,
     Suka hati kumbang yang banyak.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaParang puting jatuh ke lubuk, Sudah ke lubuk ke lubang pula; Awak miskin terlalu buruk, Sudah buruk berhutang pula.
Kurik Kundi Merah SagaBaik-baik jaga pedoman, Kapal belayar puting anak; Sudah kembang bunga di taman, Suka hati kumbang yang banyak.

Kembali ke atas